Saturday, November 5, 2011

RUMUSAN KRITIS AIM 18: VOKAL

Ape sangat-lah AZ tu..

Teruja? Yes, I am! First for the new format (yang patutnya 10 tahun dulu dah ditukar) dan pastinya kategori utama Album Terbaik yang sangat buat aku senyum lebar. Sebelum keterujaan ini berlarutan, aku ada beberapa shortlist album yang aku mahu lihat sukses (atleast) mendapat nominasi dalam AIM kali ini. Antaranya - Reza Salleh, Dayang (Sayang&Cahaya), P.Ramlee - Satu Indiepretasi, Aizat (Urusan), Yuna (Decorate), Najwa (Innocent Soul), Tilu, Kaer (A New Chapter), Bittersweet dan Tomok (Ya, Album Tomok sebuah album yang baik).

Namun dalam senarai ini Tilu dan Kaer hilang, aku tak pasti adakah masalah yang sama dihadapi Hujan (kewarganegaraan) atau masalah lain. Dan tentang Hujan aku rasa benda ni isu lama sejak dulu lagi AIM atau mana-mana award show sekalipun (FFM, ASK) tidak mengangkat orang luar sebagai salah satu pencalonan utama kerana syaratnya. Jadi isu Hang Dimas tu buat aku rasa ramai cetek akal tak fikir panjang bila cakap hanya sebab tak faha rules.Sama kes bila orang pertikaikan Zee Avi tidak dicalonkan. Yes dia orang Malaysia tapi produk dia bukan produk Malaysia. So awal-awal aku nak bagitau dont be shock jika album Yuna yang dibikin di US sekarang ni tak mendapat apa-apa nominasi tahun hadapan! Cuma dalam 2 kes ini aku rasa a bit unfair untuk hujan kerana bagi aku selagi album itu dibikin di Malaysia, di bawah penerbitan tempatan it is okay to be nominated.

VOKAL Seperti tahun-tahun yang lalu kategori ini dalam mana-mana music award show pun akan paling ditunggu-tunggu. Cuma bagi aku masih relevan jika mahu diwujudkan kategori vokal dalam album dan lagu secara berasingan. Tidak semua konsisten dalam satu album ada yang hanya baik di satu trak sahaja. Apapun saingan teramat sengit bagi kategori ini terutama di department lelaki. Anuar Zain mungkin akan jadi favorite ramai memandangkan dia deliver Sedetik Lebih dengan amat sempurna walaupun bagi aku sebenarnya ia terlalu predictable buat solois ini. Lan adalah kejutan dalam industri setelah sekian lama kita diam dengan mood rock yang original. Walau kadang sound Lan kedengaran bingit afterall orang still akan sorak jugak bila dia hit the hi-note. Aku tak faham sangat apa yang hebat pada vokal Reza Salleh terutama di trak What The Hell Just Happen Im No Really Sure-nya itu. Sama kisahnya dengan Tam Spider. Ramai lagi calon lain yang baik malah Kaer dalam beberapa trak A New Chapter ada momen yang sangat-sangat bagus dan Tomok menerusi Bagaikan Bidadari malah vokalis Projek Pistol melalui trak Wanita Seluruh Dunia juga ada soul yang sangat hebat dalam nyanyian namun tersingkir dari senarai calon akhir ini. Black sekadar ok bagi aku dia berjaya blend jiwa dan melodi menjadi satu. Oh ya aku mencari juga Hafiz dalam trak Awan Nano! - Hanyut!

Yuna adalah kejutan manis industri muzik dalam masa setahun dua ini. Dan originaliti yang ada membuatkan Yuna mendapat dua nominasi. Ada yang terkejut dengan pencalonan Gelora Jiwa, but my says would be she did an incredibly job dalam trak ini. Yes maybe tiada hi-note tapi mood dan jiwa dalam trak ini benar-benar hidup. Saingan Yuna bagi aku adalah Yuna sendiri dalam trak Penakut dan Najwa menerusi piano-vocal trak How Long Must I Wait yang amat memikat. Jaclyn Victor yang aku jumpa semasa photoshoot 20 Yang Anggun bulan lalu pun terkejut dengan nominasi lagu krismas-nya itu. Aku mencari juga trak ini di youtube tapi belum ada yang upload dan Anita Sarawak buat apa dalam 5 ni pun aku tak pasti, nothing much to say plus annoying ya amat! Memang surprise lah kalau Anita yang naik pentas malam tu untuk kategori ni. Aku mencari di mana Adibah Noor (Ratapan Sepi) dan Noryn Aziz melalui mini album I'm Alright malah Ning (Raksasa/Bila) serta Dayang (Sabarlah). Masing-masing hanyut tanpa sebarang nominasi utama. 


Mixture genre dalam department kumpulan macam a bit confusing dan tak konti sket. 3 Suara amat komersial dan value ini penting untuk award show macam AIM. Aku pernah menonton live persembahan Caipifruta, no doubt they are really good and the crowd wil have so much fun with them. But recording-wise aku tak rasa mereka menarik sebab vokal begini perlu disertai visual sebab bila hanya audio its a bit boring. Macam kita tengok koir, bayangkan korang drive sambil dengar koir dendang Menceceh Bujang Lapok all the way dekat federal high-way tu? tak ke boleh buat accident? (hahaha). So saingan 3 Suara tak besar sangat atau memang panel juri mahu mereka menang (Rujuk CTKD last year) Dayang dan Marcell maybe boleh beat tapi rasanya belum sampai lagi A.P.I  dengan InTeam tu tak taulah maybe just nak buat keputusan makin jadi mudah dibuat.   


VERDIK_1 
Lan (Jeritan Batinku) Yuna (Gelora Jiwa) 3 Suara (Beribu Sesalan)

VERDIK_2  
Anuar Zain (Sedetik Lebih) Lan (Jeritan Batinku) Najwa (How Long Must I Wait) 3 Suara (Beribu Sesalan)

No comments:

Post a Comment