Friday, November 11, 2011

RUMUSAN KRITIS AIM 18: ALBUM TERBAIK




"Gua akan menang besar, sebesar badan gua dulu, haha"

Album Terbaik – Produser
Kevin Chin, Aylwin Santiago, Paul Morrison, Irwan Simajuntak – 3 Suara
Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd – Urusan Aizat Amdan
Zain Almodzar – Sayang & Cahaya
Audi Mok – Dewa
Magada Entertainment Sdn Bhd – The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrater 25 Years of Sheila Majid

Untuk pertama kali dalam sejarah AIM aku sangat-sangat happy melihat pencalonan album terbaik yang mana tidak dipilih melalui kategori album terbaik. Dan usaha ini sepatutnya dah diwujudkan dari beberapa tahun dulu lagi. Cuma aku sedikit terkilan terlepas melihat album P.Ramlee – Sati Indiepretasi terlepas dari senarai pencalonan (rujuk album Nikki – Hawa).


3 Suara bagi aku sebuah album pop yang bagus. Album ini punya lagu dengan melodi retrospektif 80-an yang dideri suntikan r&b pop yang baik. Cuma ideanya masih sama seperti kebanyakan album pop yang lain cuma bagi aku kehebatan album ini memang terletak pada vokal. It’s a vocal album dan idea itu yang bikin album ini bagus namun bukan secara total. Namun melihat sejarah AIM album begini yang paling kerap diangkat sebagai album terbaik (rujuk album Sarah, E.M.A.S, Transkripsi)

 

Zain Almozar menerusi Sayang & Cahaya bangkit mood r&b sebenar dan diberi justifikasi yang sangat baik oleh Dayang. Ini kelebihan album ini dan kekuatan melodi dalam album ini sebenarnya boleh aku katakan sebagai yang paling baik secara total berbanding 4 album lain. Audi Mok juga menerusi Dewa punya konsistensi muzik yang baik secara total. Album Dewa di dokong dengan satu jalinan tema/mood yang baik secara keseluruhan. Namun apa yang kurang pada kedua-dua album ini adalah elemen kejutan secara total. Maksudnya dari segi kualiti susunan muzik dan originaliti pada setiap trak (walaupun awal tadi aku beritahu Sayang & Cahaya ada setlist yang paling kuat).

AIM memang suka merai album live yang baik dan atas alasan itu The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid mendapat nominasi ini. Melihat sejarah AIM, Dayang tahun lalu mengejutkan ramai apabila mengungguli kategori album pop menerusi album Dayang Live-nya namun tewas di kategori album terbaik. Payah sikit untuk judge album live sebab bagi aku sebuah album rakaman semula / konsert harus ada paksi baru dalam susunan muzik yang dibikin. Dan ya The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid disokong elemen-elemen ini. Namun aku rasa kurang adil mengangkat album live/rakaman semula sebagai album terbaik kerana akan wujud isu apa jadi dengan album-album yang menawarkan idea baru dan bagus?

Dalam hal ini penilaian aku amat berat pada album Urusan Aizat Amdan. Bagi aku album ini berjaya secara keseluruhan. Trak-trak yang hebat dan fresh, isu dalam setiap penulisan, kualiti rakaman dan disokong massa dengan mood keseluruhan yang melengkapkan Urusan Aizat Amdan. No doubt this is album of the year! 


Juri Suka:  The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid / 3 Suara
Pilihan ATHM: Urusan Aizat Amdan

2 comments:

  1. yup. i agree.album "live" patut ada kategori laen.
    bukan dicampur aduk dgn album baru.
    which is unfair and sedih kenangkan hasil titih peluh pembikin studio album tercampak camtu je koz kerana lagu lagu direarrange utk album rakaman 'live'. lawan besar sama besar.kecik sama kecikla kan?too bad.

    ReplyDelete
  2. fr me its ok to be nominated. but untuk diangkat as best album kena ada satu elemen yang btl2 kuat utk org xbpleh kata apa sebab album tu memang hebat. even sheila majid is my no. 1 best perfrmer but dlm kes AIM ni i do prefer urusan aizat amdan sbb originality dlm karya2 as a whole.. but after all AIM mmg akn bg fair semua org mng..

    ReplyDelete