Saturday, December 24, 2011

ALBUM OF THE YEAR 2011/10


2011 bikin jadi tahun manis buat beberapa nama seperti Yuna, Edry KRU, 3 Suara, Awi Rafael dan Najwa Latiff. Penerimaan terhadap karya mereka dilihat begitu baik sekali.Dan dengan kemunculan beberapa nama lain yang hadir dalam pakej kualiti lengkap seperti Najwa, Reza Salleh mampu menentukan aras baru dalam perkembangan muzik tempatan. Tahun ini juga nampaknya menjadi seperti kalam akhir buat beberapa penyanyi hebat seperti Kaer, Misha Omar dan Sarah Raisudin yang satu masa dulu pernah menjadi antara the next generation in music even Kaer dan Misha punya album tahun ini nampaknya gagal meneruskan impak Bunga-Bunga Cinta dan Izinkan Ku Pergi mereka. Dan apa yang mengejutkan album inggeris Dato' Siti Nurhaliza tidaklah boom seperti apa yang dijangkakan malah album Anuar Zain juga kalah pada trak Sedetik Lebih yang dibikin untuk runut bunyi Merongmahawangsa. Nah, berikut 10 yang aku nantikan buat 2012 ini. Dan tahun ini bagai mudah ditebak album mana yang benar-benar beri kejutan dalam persembahan kualiti muzik yang hebat secara total.

  P.RAMLEE - SATU INDIRPRETASI
Aku meletakkan album ini sebagai album terbaik tahun ini. Remake ini benar-benar refreshing dan reprsent taste muzik pemuzik muda tempatan. Dan setiap trak diadun baik dengan susunan serta cara tersendiri pemuzik yang terlibat. Dengan kualiti rakaman dan rendisi yang tersendiri album ini memang beri definisi terkini terhadap muzik P.Ramlee yang saat akhir aku mendengar rendisi terbaik tribute buat P.Ramlee dalam album Legenda - Sheila Majid kira-kira 20 tahun lalu.

NAJWA - INNOCENT SOUL
Innocent Soul antara album paling menyerlah kualiti daripada pemilihan lagu, melodi yang baik, kualiti rakaman sehingga kepada packaging dan yang pasti album ini benar-benar hebat diterajui vokal hebat milik Najwa. Ia hadir dalam pakej muzik soul dan r&b sebenar dan Najwa tidak sedikitpun hilang momentum dalam setiap trak yang dicipta hampir sempurna keseluruhannya.


AIZAT - URUSAN AIZAT AMDAN
Aiza merupakan genius baru muzik tempatan. Album ini lari jauh daripada apa yang kita dengar dalam debut Percubaan Pertama. Tiada lagi mellow pop seperti Hanya Ku Yang mampu, malah Aizat bawa pendengar jauh dalam isu-isu yang lebih kemanusiaan dengan melodi lebih eksperimental untuk pasaran melayu. Dan kejutan juga buat aku bila trak Sungai Lui berjaya menjadi antara yang paling hebat mendapat airplay tahun ini.


TILU
Debut ini antara yang terbaik buat band tempatan. Muzik mereka segar dengan suntikan jazz dan groove yang tersendiri. Namun seperti apa yang selalu aku tegaskan Tilu tewas di department vokal. Banyak momen yang baik dalam album ini digagalkan dengan vokal flat Mira. Atau idea aku Tilu boleh jadi seperti Meet Uncle Hussain, tanpa perlu vokalis tetap hanya mengundang mereka yang tepat sahaja untuk memberi justifikasi sebanar terhadap muzik yang diperjuangkan.


SHEILA MAJID - MPO CELEBRATES 25 YEARS IN MUSIC
Dah lama rasanya kita tidak mempunyai album live yang besar seperti ini. Seingat aku antara album live yang menjadi simpanan hanya album rakaman Ferhad - Soul Alive dan Dayang Live. Search menerusi konsert double trouble mereka bersama Wings tahun ini juga menaskahkan karya mereka dalam sebauah album live namun impak rakaman dan kualitinya tidak sehebat apa yang Sheila Majid lakukan bersama MPO ini. Album ini antara yang penting sepanjang tahun ini walaupun pada hemat aku album ini bukanlah yang terbaik sepanjang tahun untuk dijulang sebagai best album oleh AIM lepas.


YUNA - DECORATE
Sejujurnya album ini hebat hanya pada beberapa trak sahaja. Terutama dalam trak-trak melayunya. Debut Yuna ini adakala bikin aku rasa ep yang diterbitkan lebih hebat. Namun untuk menidakkan ia sebagai salah satu karya paling original tahun ini adalah mustahil. Trak Gadis Semasa yang menjadi single pertama bagi aku amat current dan segar. Aku sanjung kualiti rakaman pada album ini yang ditangani dengan amat baik selain kejutan hidden trak Dan Sebenarnya yang lebih deep darpadaversi asal yang bikin aku ulang dengar. Dan ya penakut is a goosebumps!


BITTERSWEET - EMPIRE TRANSITION
Ini antara band hebat yang harus diberi perhatian lebih. Bittersweet buat aku teringat kala Butterfingers mula menjengah pasaran dulu. Mereka punya identiti tersendiri dan setiap trak benar-benar memberi impak sehingga kita benar-benar rasa dengan mood melodi yang dipersembahkan. Album ini akan selalu jadi teman setiap kali aku memandu.


DAYANG SAYANG & CAHAYA
Dayang menerusi Sayang & Cahaya memberi refleksi pada mood sebenar r&b. Setiap trak diberi penekanan pada melodi dengan baik sekali. Dan perhatian aku sudah pasti pada trak-trak ciptaan Zain Almohdzar yang memahami kemampuan Dayang. Rasanya Dayang should stick with this man sebab kolaborasi melodi dan vokal mereka memberi justifikasi terbaik dalam album ini. Namun sayang album ini tidak diberi perhatian baik oleh stesen radio. Sebab aku sangat percaya peminat yang sukakan Seandainya Masih Ada Cinta pasti akan suka trak Sabarlah yang ada dalam album ini.

NING - DEWA
Projek 3 Suara nampaknya menenggelamkan sedikit kewujudan album ini. Ning memberi rendisi baru dalam journey muziknya secara total dalam album yang dikemudi Audi Mok ini. Album ini bagi aku terbagi kepada dua bahagian antara r&b pop dan r&b dance yang melengkapkan antara satu sama lain. Sayang trak seperti Bila, Alhamdulillah, Raksasa dan Aku Bukan Dewa tidak mendapat sambutan yang baik.
PROJEK PISTOL - STEREO ANDROMEDA
Projek Pistol bagi aku adalah pemuzik yang matang dan faham akan pengertian rock n roll. Lagu-lagu mereka bagi aku adalah definisi kepada muzik rock melayu yang diberi suntikan sedikit moden. Cukup sekadar mendengar Wanita Seluruh Dunia, Metaforia dan Syurga aku sudah boleh relate dengan kualiti yang diberi. Dan pastinya vokal seksi Boy Clifford menjadi nadi penghidup setiap trak yang disusun baik.

3 SUARA
Aku pada awal hanya ingin melengkapkan senarai Album if the Year ini dengan 10 album sahaja namun album 3 Suara ini ada momen yang baik pada trak-trak dalam mood 70-an dan 80-an dengan sentuhan moden terutama pada vokal ketiga-tiga mereka. Walau kadang aku rasa kacau dengan vokal Ning yang tidak blend ini bersama Jac dan Shila yang harmoni. Alangkah baik Ning diganti Dayang atau Adibah Noor.

2 comments:

  1. aku suka lagu penakut-yuna..
    bait-2 lirik tue..hee

    happynewyear

    ReplyDelete