Thursday, December 22, 2011

BEST PLAYLIST 2011/10

2011 mencatat beberapa momen baik dalam penciptaan lagu dalam legasi pop khususnya. Nama-nama seperti Yuna, Aizat, AG, Edry KRU, 3 Suara dan seperti biasa bakat-bakat AF menjadi antara perhatian baik di radio, tv, print media mahupun Youtube. Najwa Latiff bagi sedikit kejutan buat aku bila video Cinta Muka Buku mendapat lebih 5 juta dalam masa 5 bulan diupload. Itu satu rekod dalam industri muzik sebenarnya. Kemunculan semula beberapa nama besar seperti Dayang dan Ning menerusi album hebat mereka nyata tidak mampu menandingi bakat-bakat baru ini sekalipun diakui album Sayang & Cahaya serta Dewa memiliki kualiti secara total sebaik album yang baik sehingga mendapat nominasi utama AIM lepas.

Dalam senarai di bawah aku akui ia dinilai secara personal bukan mengikut apa yang mass inginkan but personally juga aku rasa 10 lagu inilah yang patut dijadikan rujukan buat kerana kualiti, originaliti dan nilai komersial yang ada. Ada beberapa trak lain yang dalam pertimbangan seperti Got To Go, Wanita Seluruh Dunia, Years From Now, Pokok, Sabarlah dan beberapa trak daripada album Indipretasi.

Untuk tahun 2012 aku berharap band Projek Pistol akan lebih giat bikin lagu kerana muzik mereka benar-benar bagus dan matang. Selain menanti trak-trak hebat Yuna. Dan ya bercakap tentang Yuna menjadi wishlist aku untuk melihat Yuna merakam semula lagu-lagu melayu klasik 50-an dan 60-an dalam rendisinya sendiri kerana aku melihat dia seorang bintang yang mampu memberi justifikasi kepada trak-trak klasik seperti yang dilakukan dalam Gelora Jiwa dan Bula Ditutup Awan. Aku agak suka dengan apa yang dilakukan Monologue dan beberapa nama lain seperti Mafa dari rancangan Vokal sebab  ada beberapa momen dalam persembahan beliau yang buat aku rasa she's got something to offer for the mass especially kala aku mendengar rendisi Kotak Hati yang dibwa dengan begitu baik sekali. Selain double album Faizal Tahir yang aku cuba membayangkan bagaimana gimiknya kali ini pastinya AF All Star bakal jadi perhatian hebat!


1) SUNGAI LUI – AIZAT
Skala muzik dan susunan Sungai Lui luar biasa bagi aku dan kreativiti Aizat nyata terbukti pada trak ini. Enough said this my best playlist this year!


 2) SEDETIK LEBIH - JACLYN VICTOR

Jujur aku lebih tersentuh dengan versi Jaclyn Victor. Dia buat bulu roma aku meremang and yes she sang this song beautifully berbanding Anuar yang terlalu in control dan over-emotion. Dan buat pertama kali Edry berjaya buat aku meremang dengan melodi hebat yang dibikin bersama dengan susunan orkestra MPO yang amat membuai. Aku akan bersetuju jika trofi AIM yang dipulang atas tiket kredibiliti penyampaian Jac. Aku berharap akan ada rakaman versi studio untuk Jac. Kudos for Jaclyn Victor!



3) PENAKUT - YUNA 
Bak kata seorang teman lagu ini ibarat goosebumps kala pertama kali mendengar dan aku tidak menafikan pernyataan tersebut. Yuna sebagai pelapis baru pemuzik tempatan nyata seorang genius dalam membentang idea luar daripada norma tipikal pop melayu. Trak ini bakal menjadi evegreen denagn originaliti serta kualiti melodi yang yang sungguh segar. Dan sekali lagi vokal Yuna merupakan alasan terbaik dalam memberi justifikasi buat trak ciptaannya ini. 



4) ALHAMDULILLAH - NING
Trak ini amat besar buat aku. Soul yang dibawa dalam penyampaian Ning dan humanis lirik NurFatimah bikin Alhamdulillah jadi antara trak paling besar jiwanya. Belum ada kiranya trak pop yang melaung kalimah Alhamdulillah sebegini rupa. Yup bagi sesetengah orang trak ini kedengaran taboo tambahan ia dinyanyi oleh ratu kontroversi seperti Ning. Namun bagi aku dalam legasi pop yang mengangkat tema ketuhanan lagu ini mampu berdiri sehebat Ku Mohon - Sheila Majid/Mac Chew.




 5) BAGAI BIDADARI - TOMOK
Melodi indah ciptaan Aubrey Suwito ini antara yang paling romantis dan jujur tahun ini. Pelik bila lagu ini tewas ke pentas final Anugerah Juara Lagu - mungkin faktor airplay yang kurang. Tomok memberi impak pada emosi pada trak yang ditulis sendiri liriknya ini. Verse lagu merupakan killer utama yang buat aku ulang dengar berkali-kali.


6) DIMANAPUN ENGKAU BERADA - DJ FUZZ FT. AIZAT
Trak ini agak underrated untuk pasaran 2011 yang banyak dimonopoli balad semacam Kisah Hati dan Beribu Sesalan. Melodi ciptaan DJ Fuzz ini antara yang refreshing bagi aku. Dengan lirik penuh humanis dan pernyampaian penuh jiwa Aizat  memberikan justifikasi trak penuh groove ini.




7) JERITAN BATINKU - AZLAN & THE TYPEWRITER
Susunan AG dalam trak ini antara yang paling brilliant tahun ini. Even remake ini tewas pada version Shiela Majid menerusi konsert di MPO bagi aku AG dah bawa lagu ini pada satu tahap lebih hebat dalam susunan yang dibikin dan vokal Lan melengkapkan trak hebat ini. Aku tak boleh bayangkan penyanyi lain yang mampu beri puch emosi sehebat Lan untuk trak ini.



8) BULAN DITUTUP AWAN - YUNA
Penyampaian luar biasa Yuna dalam trak rakaman semula Rokiah Wandah ini buat aku fikir she's the new voice of 50's-60's. Tak ramai penyanyi baru yang mampu membawa jiwa klasik seperti apa yang Yuna miliki. Dengan trak lain seperti Gelora Jiwa dan Terukir Di Bintang bikin she's one of the best in the industry and this rendition tak pernah gagal buat aku ulang sepanjang tahun ini.




9) PENDAM - SHAHIR
Shamril Salleh dan Nor Farazilah Bt Abdul Jabar menjadi tunjang di balik melodi indah ini. Trak ini buat aku teringat beberapa trak ciptaan Melly Goeslaw dalam runut Ada Apa Dengan Cinta dan lain-lain. Melodi lagu ini sangat baik dan diberi justifikasi baik oleh Shahir and for the very first time i admit he can really sing with emotion!




10) PATAH SERIBU - SHILA
Shila aku anggap sebagai pejuang muzik sebenar. dia tidak pernah patah walau berkali gagal dalam percubaan. Dan bukti dengan kemampuan trak sulungnya ini Shila bikin Patah Seribu antara yang segar sepanjang tahun. Dengan mood pop country minimal yang buat aku teringat trak-trak Taylor Swift kala pertama mendengar trak ini di You Tube.

2 comments:

  1. cool. listing ko sgt2 representing muzik malaysia thn 2011. and yeah, i have to agree that sungai Lui by Aizat is something different and unique this year.

    So as Penakut.

    they kinda a new-kind of malay pop.

    ReplyDelete
  2. Yup yuna n aizat is the new wave dlm industri. they need more support n exposure!! hidup muzik melayu!! hehe

    ReplyDelete