Wednesday, January 18, 2012

NEW WAVE IN MUSIC


2011 jadi tahun manis buat beberapa nama seperti Yuna, Edry KRU, 3 Suara, Awi Rafael dan Najwa Latiff. Penerimaan terhadap karya mereka dilihat begitu baik sekali.Dan dengan kemunculan beberapa nama lain yang hadir dalam pakej kualiti lengkap seperti Najwa, Reza Salleh mampu menentukan aras baru dalam perkembangan muzik tempatan. 2011 juga nampaknya menjadi seperti kalam akhir buat beberapa penyanyi hebat seperti Kaer, Misha Omar dan Sarah Raisudin yang satu masa dulu pernah menjadi antara the next generation in music even Kaer dan Misha punya album tahun ini nampaknya gagal meneruskan impak Bunga-Bunga Cinta dan Izinkan Ku Pergi mereka. Dan apa yang mengejutkan album inggeris Dato' Siti Nurhaliza tidaklah boom seperti apa yang dijangkakan malah album Anuar Zain juga kalah pada trak Sedetik Lebih yang dibikin untuk runut bunyi Merongmahawangsa. Nah, berikut 10 yang aku nantikan buat 2012 ini

NAJWA
Debut Innocent Soul menjadi antara album yang aku ulang putar di radio sepanjang tahun dan semoga tahun ini Najwa dapat hadir untuk sebuah lagi album atau atleast single melayu yang mampu menjual muziknya kembali. Tak ada masalah dengan genre sebab peminat muzik malaysia melayu umumnya sudah sangat terbuka dalam hal ini cuma isu bahasa bagi aku juga faktor penentu untuk sesebuah lagu mendapat sambutan baik.

AWI RAFAEL
Awi punya bakat hebat pada hemat aku. Suara husky dan soul yang diberi dalam persembahan live khususnya mampu buat siapa-siapa menadengar jadi suka dengan vokal Awi. Apa yang aku harapka 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik buat Awi dengan trak-trak yang lebih matang - yang lebih baik daripada trak monday, tuesdaynya sebab Awi nyata hebat di trak-trak pop dengan mood indo/taiwan seperti Bukankah Aku dan Bila Aku Jatuh Cinta.

AMIR JAHARI
Trak Tanpamu benar-benar buka mata aku pada bakat yang satu ini. Vokal Amir nyata ada weight dan soul yang cukup baik dalam melantun melodi-melodi indah ciptaannya. Harapan besar aku untuk melihat Amir terus mencipta trak-trak seperti Tanpamu sebab rasanya kita belum ada Jason Mraz Malaysia lagi setakat ini.

HAFIZ
Terus-terang inilah satunya bakat daripada AF yang aku sanjung kredibilitinya. Vokal Hafiz bukan persoalan atau pertikaian. Dia boleh menyanyi dengan baik sekali baik serendah atau setinggi mana nota lagu yang disusun. Aku sifatkan debut Masih Jelas sebagi killer album bila hampir kesemua lagu yang ada dalam album tersebut menjadi hit baik daripada trak Masih Jelas, Nokhtah Cinta dan Awan Nano (ketiga-tiganya berjaya ke AJL) semuanya menjadi hit belaka. Dan aku membayangkan trak Ombak Rindu duet bersama Adira jadi lebih sempurna dengan penyampaian Hafiz seorang.

YUNA
Yup pasti semua menanti apa yang Yuna mahu lakukan buat 2012 ini. Dan personally aku sendiri tidak sabar menantikan produksi kedua Yuna. Seperti apa yang aku tulis sebelum ini aku ingin sekali melihat Yuna membuat satu album remake lagu-lagu klasik melayu 50's 60's dan 70's. Bukan apa persembahan Yuna dalam klasik Gelora Jiwa dan Bulan Ditutup Awan buat aku lihat she is the next siti nurhaliza or even akan jadi lebih besar daripada Siti sendiri. Plus point aku lebih enjoy Yuna nyanyi Kekanda Adinda dalam konsert Monoloque berbanding Atilia.

TILU
Ah sekali lagi ini band yang aku rasa sebagai band paling baik sepanjang 2011, musically. Aku sangat enjoy dengan groove yang ada pada Tilu. Atleast if Indon ada Maliq n d'Essential kita pun boleh turut bangga dengan adanya Tilu! Aku cukup suka dengan apa yang mereka bawa buat aku teringat groove dalam mini album Cheryl Samad dan Sarimah. Atau gantikan saja Mira dengan Diandra Arjunaidi.

AGCOO
Trak Jeritan Batinku yang disusun semula oleh AG nyanyian Lan membuka mata ramai akan kebolehannya. Dan kemunculan album Terukir Di Bintang - Yuna menyaksikan AG antara pemyumbang besar dalam segi teknikal menjadikan musician muda ini antara yang bakal menjadi pilihan kebanyakan penyanyi tempatan untuk dijadikan produser muzik. Dengarkan juga trak Bahtera Merdeka (Lan) yang juga disusun AG. Nyata wow!

MONOLOQUE
Ya kugiran ini bukanlah muka baru namun dengan penjenamaan semula (jika boleh dikira begini) Butterfingers ini meneruskan legasi musician yang berpegang teguh [ada kualiti muzik. Dan bagi aku Monoloque lebih kembali kepada asas muzik-muzik melayu dalam debut Jejak Tanah mereka. Trak Batu Belah Batu Bertangkup yang menampilkan Azlina Aziz merupakan antara killer tahun ini yang nyata memberi satu nuansa segar dan hebat buat industri muzik tempatan.

PROJEK PISTOL
Ini pilihan peribadi sebab aku rasa Projek Pistol matang daripada keseluruhan baik melodi, imej dan persembahan pentas mereka. Aura rockers sebenar ada pada mereka dan bagi aku Projek Pistol harus diletakkan pada satu tahap yang lebi tinggi. Aku membayangkan Audioslave, Creed dan 3 Doors Down.

FAIZAL TAHIR
Letaklah apa pun gerangan pada rockers ini dia sentiasa tampil dengan produk-produk yang amat berkualiti. Dua kali memenangi album terbaik dia AIM bukti Faizal bukan calang-calang talent realiti tv. Dia bijak mengadun apa yang dia suka dengan apa yang ada pada pasaran. Dengan double album yang bakal keluartahun ini tidak mustahil he gonna rock next AIM!


*p/s: Artikel ini sepatutnya di-post lebih awal daripada review Yuna, tp disebabkan jari ini laju sangat menyusun ayat untuk review Yuna, post ini tertangguh

4 comments:

  1. to me, amir jahari sounds more like john legend. :)

    ReplyDelete
  2. yeap.agreed dgn bloggerboy.

    and oh, aku juga perasan yg lately sentuhan ag coco dlm karya yuna seolah2 mmberikan nyawa pd lagu. matured.

    ReplyDelete
  3. hhaha.. unfortunately i didnt see John Legend in Amir, if lokman aslam ke yes i do agree ;)

    ReplyDelete