Saturday, March 17, 2012

NAJ WA LATIFF - CINTA MUKA BUKU (REVIEW)

Its been awhile since the last post. Dengan macam-macam benda yang jadi dalam mass music lately aku paling tertarik dengan debut talent YouTube yang satu ini. Najwa Latif yang kita kenal dengan pop Cinta Muka Buku finally keluar dengan mini album yang menurut aku sangat okay! 

Album ini dibuka dengan trak Cinta Muka Buku dan diikuti single kedua Carta Hati. Nasihat terbaik aku untuk orang yang tak berapa berkenan dengan muzik easy pop yang dibawa Najwa Latif ini mulakan dengan trak ketiga, Kosong. Lagu yang dicipta Najwa dan Ika ini adalah killer album ini. to be frank I would buy this album because of this track. Aku mendengar album ini pertama kali semasa memandu dan inilah trak yang paling banyak aku ulang dengar. This Najwa girl really got a killer melody here. Especially di department korus  "Segala kata cacian yang telah engkau berikan Membuatku rasa Kosong...kosong"
 
Melodi begini buat aku fikir Najwa ada future yang baik Cuma perlu diberi lebih ruang dan masa untuk dia benar-benar matang dengan muzik yang dibawa. Cuma apa yang kurang bagi aku pada trak ini adalah susunan yang terlalu predictable dan ringan sebab melodi lagu ini bagi aku agak berat untuk sebuah pop. Jika digubah lebih mellow dan dramatik ia akan jadi piece yang lebih hebat. Namun untuk talent sebesar 16 tahun ini aku anggap ini sudah cukup baik. 

Sahabat (ft. Sham Kamar & Sleeq) juga sebuah lagu yang amat menarik. Blend vokal Najwa, Sham dan Sleeq buat trak ini sempurna dengan susunan melodi yang cukup santai. Album ini ditutup dengan trak I Love You yang masih berlegar dengan mood dan melodi yang sama. Pujian harus diberikan pada kualiti rakaman setiap trak yang bagi aku smooth dan accurate. 

Overall bagi aku yes, Najwa Latif might not be my cup of tea before dan aku pasti most of Malaysian juga. Tp sekali sekala tukar cup and have a different taste would be great jugak. Aku saat ini rasa kagum sebab kita ada bakat semuda ini dengan talent bermain alat muzik, menyanyi dan yang paling penting kebal dan tegar untuk buat apa yang dia suka tanpa kisah apa orang nak cakap. Najwa dah buat apa yang dia patut buat dan apa yang patut kita buat adalah support this talent untuk jadi lebih matang dan pergi jauh. Ingat Yuna je boleh?

5 comments:

  1. setuju dgn 'Kosong' lagu tu some sort of tuning point dlm progress muzik dia.

    :)

    ReplyDelete
  2. errkk tensi tgk dia pandai maen guitar......dah beli guitar tapi tak usik pon lagi hahah

    ReplyDelete