Monday, May 21, 2012

DIANDRA ARJUNAIDI (2011)

DIANDRA ARJUNAIDI (2011)
Penerbit: AG COCO / Ully / Diandra / Efry Arwis
Pemuzik: AG Coco, Efry Arwis, Euvi, Fareed, Jenk
Kreatif: Dotperinch / Adib Azfar
Verdik: 5/5

Review ni sebenarnya dah lama sangat tersangkut, aku sempat tulis separuh pada januari lalu dan dibiarkan begitu sahaja sehingga ahad lalu (20/5) untuk disambung kembali. Normal kesibukan kerja majalah faham-faham sajalah. Album ini dibuka sangat-sangat baik dengan single pertama Angkasa. Bagi aku ini pertaruhan bijak Diandra memikat hati pendengar tempatan. Lagu ini sangat segar buat aku. Melodinya baik dibantu susunan yang sangat sangat sangat cun! This would be one of the best shot untuk next AIM.

Things We Dont Say juga juga sangat baik. Mood jazz nya hebat bak mendengar beberapa trak pop jazz indonesia. Aku sangat sukakan volume dan weight vokal Diandra. Suaranya boleh carry pop jazz yang kadang buat aku melayang teringat Norah Jones untuk certain moment. Aku agak banggalah sebab disaat aku mencuba terlalu kuat untuk suka Liyana Fizi dan gagal, Diandra muncul dengan genre yang lebih kurang dan berjaya grab my soul!

Remember buat aku teringat band indon Mocca. Groove melodi dan susunan horns yang bapak cool! Chill abes. Trak macam ni dengar sambil drive dalam jam federal highway ke opis mampu buat aku jadi manusia balik. Aku salute arrangement Ag, Diandra dan Efry! Happy is my favourite track!! Track ulung dalam pendrive untuk disengar dalam kereta. Mood lagu ini sangat baik dan sekali lagi melodi ciptaan Diandra sangatlah menangkap pendengaran. Pujian harus diberi pada kualiti rakaman yang bagai mendengar persembahan live Diandra dan keseluruhan musician. And anyway hampir keseluruhan album kedengaran bagai album akustik, unplugged, live atau apa sahajalah yang semacam live recording!

Untitled hadir dengan killer chorus cuma kurang menarik di bahagian verse.White Lies bermula dengan efek gitar keras dan akustik pada masa yang sama buat ia jadi naskah yang sangat international! Lagu begini buat aku teringat Sara Breilles. Album ini ditutup dengan trak You yang bermula dengan sangat chill ala-ala Bic Runga dan agak keras di tengah macam Cokelat. Ah! penasaran habis aku dengan album yang satu ini. Macam tak percaya ia datang dari bakat yang semuda Diandra dan ya aku akui Diandra bertuah dapat bekerja dengan pemuzik yang amat passionate seperti AG Coco. Album ini sebuah naskah yang cukup hebat buat tahun ini yang sangat kekurangan naskah yang baik! Kudos buat Diandra dan kesemua tenaga kerja album ini. Buat aku sangat teruja untuk hasil seterusnya!     

Thursday, May 17, 2012

IDOLA



Dah lama rasanya tak dengar lagu pop 'semangat' begini. Audi Mok punya killer chorus dalam trak yang ditulis bersama Lan sendiri. One of best di corong radio lately