Monday, September 10, 2012

SHAHIR (2012)



SHAHIR (2012)
Producer: Sham Kamikaze
Verdik: 4/5

Lama juga aku ambil masa untuk review album ini. Sebab bila first time dengar debut Shahir ini bukanlah apa sangat sebab muzik yang didukung adalah pop leleh dengan momentum korus yang dah biasa kita dengar. But again aku cuba dengar berkali-kali dan cuba faham kemampuan Shahir, kehendak produser dan kuasa melodi dalam album ini secara keseluruhan, ya ini sebuah album pop yang patut kita pandang serius.

Album ini dibuka dengan Cintakan Kembali. Intro keyboard dalam trak ini, malah hampir keseluruhan lagu ini amatlah boring. Tapi okaylah trak-trak begini aku anggap filler untuk lengkapkan continuity album 100% pop ini. Trak kedua Aku Yang Berdosa awalnya tidaklah menarik minat aku tapi jujur lepas dua tiga kali dengar trak ini sebetulnya punya feel yang baik. Macam aku cakap dalam entri yang lepas Sham faham kemampuan dan kehendak vokal serta soul Shahir jadi justifikasinya sempurna untuk buat ia jadi trak putaran radio semasa.

Dia Yang Kau Pilih bermula baik dengan petikan piano lembut dan deep jugaklah. Blend vokal Shaihir dalam verse trak ini buat aku meremang jugaklah. Sedap! Serius sedap. Even mood indo pop nya agak kuat tapi tak kisahlah bak kata M.Nasir – bikinlah lagu apa pun, pokok pangkalnya lagu itu harus sedap. Aku cuma rasa kalau bahagian tengah lagu ini disusun penuh string akan lebih hebat (rujuk trak-trak dalam album Anuar Zain). Ini antara trak favorite aku dalam debut ini.

Cerita Kita bawa mood dan feel yang sama dan fasa ini sudah cukup buat aku teruja dengan album ini. Trak-trak ballad dalam album Shahir ini feelnya buat aku teringat pertama kali mendengar debut Misha Omar (2002). Cerita Kita dan Dia Yang Kau Pilih nyata dua trak yang boleh aku ulang dengar berkali-kali. Melodinya sayu dan Shahir deliver jiwa yang cukup baik buat keduanya. Emosinya bagus dan tidak berlebihan.

Pendam adalah alasan terbaik untuk aku betul-betul enjoy dengan album ini. Melodi Sham sangat bagus dan again vokal Shahir buat aku rasa bersalah menolaknya semasa AF dulu. Ini antara trak pop yang hebat buat tahun ini (selain Kosong – Najwa Latif). Lagu ini disokomg dengan susunan muzik yang cukup baik dan lirik puitis yang memang boleh buat siapa pun tangkap leleh dengan suara Shahir. Aku tak tahulah dari mana datang emosi yang cukup deep budak Shahir ni tapi dia memang betul-betul bagus untuk debutnya ini.

Overall aku rasa ini antara album melayu yang baik sepanjang tahun ini. Syabas buat Sham yang berjaya keluarkan segala benda-benda yang baik yang ada dalam Shahir! Dan aku ulang lagi emosinya sangat sangat sangat bagus!

Saturday, September 8, 2012

INILAH BARISAN POP KITA


Meluangkan masa yang tak seberapa ada mendengar radio local lately. Bukan apa just nak tengok apa yang hip dalam frekuensi radio semasa. Ada few trak aku rasa seronok dengar. Tak semuanya bagus dan segar tapi bila aku betul-betul faham kehendak radio dan pendengar kita, aku rasa ok lah aku kena belajar terima cara kita belajar muzik melalui radio even lately aku banyak dengar muzik tempatan yang tak berapa nak laku di radio macam debut Guba, album US Yuna juga Namri dan Diandra. Jadi dalam banyak-banyak barisan pop kita yang ada aku tertarik dengan trak-trak ini

UNTUK DIA


Melodi Sleeq cool bagi aku dan blend muzik mereka dengan Najwa Latif cukup kena. Ini petanda baik dan ya Najwa harus berterima kasih pada duo Sleeq ini. Tak kisah dari manapun Sleeq ini muzik melayunya masih di situ dan kredit buat melodi yang cukup catchy dan sedap ini.

ANAK KAMPUNG


Jimmy Palikat is the new genius dalam muzik. Aku tak sure melodi Anak Kampung ini original atau saduran daripada mana-mana trakanthem sabah tapi idea bergabung dengan One Nation Emcee ini aku rasa satu tindakan yang bijak dan buat orang kita seronok dengan pengaruh muzik tradisi sabah. Dan ya aku berani sifatkan ini antara trak mass yang paling aku enjoy sekarang.

MUARA HATI


Rasanya impian orang kita nak tengok Siti dengan Hafiz berduet dah terlaksana. Melodi yang didukung trak ini sebenarnya biasa-biasa sahaja tapi trak beginilah yang akan ada dalam AJL setiap tahun pun. Dan tidak salah untuk trak begini terus ada di radio at least orang luar boleh faham apa degini pop kita. Lagu ini bukanlah teruk keseluruhannya, korusnya bagus cuma masih kedengaran biasa yang luar biasa adalah gabungan dua vokalis ini.

AKU YANG BERDOSA



Aku dah dengar keseluruhan album Shahir dan akan ulas lanjut untuk next entri. Ini bukan trak favorite tapi trak ini sebuah nuansa pop yang bagus. Bagi aku Sham faham kemampuan dan kehendak vokal serta soul Shahir jadi trak ini digalas dengan penuh jiwa oleh Shahir. Aku senang dengan trak ini tambah-tambah di department korus yang sangat buat aku wow dengan kemampuan vokal juara akademi fantasia ini. sebauah trak yang bukanlah sempurna tapi masih bagus.

KAU YANG TERINDAH


Oh Alyah! Apa lagi nak cerita? Melosi lagu in sangat-sangat baik dan justifikasi yang diberi Alyah maha hebat. Aku ingat lepas Misha senyap kita dah hilang pelapis vokalis balada yang bagus. Nyata tidak. Aku dok ulang lagu ni berulang kali sebab feelnya bagus, dan again vokalnya Alyah.

HARAPAN



Aku kenal sangat denga vokal band ini. Masih ingat Ronnie - One in a Million? Suara mamat ni memang bagus no doubt dan melodi hebat band yang turut dianggotai Toi (AF) ini juga buat aku melayang dengan killer chorus yang cukup maut. One of the best buat tahun ini.