Monday, October 8, 2012

KESILAPAN TERBESAR ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-19 (AIM)

 Nampaknya Kak Ani kita dah boleh fikir speech dan baju untuk malam AIM tu nanti..

Anugerah Industri Muzik datang lagi dan lima calon akhir diumum dan tahun ini  perasaan aku tidaklah segembira tahun lepas bila melihat banyak nama (sebut karya) yang aku jangkakan bakal mendominasi gugur sebelum bertanding. Memudahkan cerita aku ada beberapa album, lagu dan pemuzik yang aku ingin lihat mereka sukses di AIM19 kali ini namun tidak ada satu karya pun dari mereka tersangkut. Aku ulang TIDAK ADA SATU KARYA PUN!

Sebelum aku sambung terlarut dalam emosi menulis tentang AIM19 ini lihat dulu senarai pemuzik dan karya mereka yang aku harapkan mendapat perhatian ketua juri, Adnan Abu Hassan namun tidak.

Shahir – Pendam (Vokal Lelaki Terbaik / Lagu Pop Terbaik)
Najwa Latif – Kosong (Lagu Pop Terbaik)
Diandra Arjunaidi – Angkasa, Happy (Artis Baru Terbaik / Lagu Pop Terbaik / Lagu Inggeris Terbaik / Rakaman Album Terbaik)
Guba – You’re So Fine (Artis Baru Terbaik / Vokal Duo Berkumpulan Terbaik / Lagu Inggeris Tempatan Terbaik)
Jimmy Palikat – Anak Kampung (Artis Baru Terbaik / Lagu Pop Terbaik)
Amir Jahari (Artis Baru Terbaik)

Senarai di atas antara penggerak baru dunia muzik pop kita yang patutnya kita sokong, kita angkat agar bakat-yang tulen original begini boleh sama cari makan dalam bidang muzik Malaysia yang tak sebesar mana ni. Tapi begitulah AIM, saat dah berjaya buat aku senyum sikit melihat calon-calon last year. Tahun ni jadi tahun yang full of entah apa-apa. Kenapa aku cakap macam ni? 

1. Siapa itu Keroz Nazri? Dan setelah aku mendengar lagu yang buat nama dia dapat nominasi pun aku bercakap sendiri - kualiti yang ada pada budak ni tidaklah sehebat kualiti yang ada pada Guba, Diandra dan Amir Jahari. Just another pop singer je kot.

2. Aku terkejut besar bila nampak nama Ramlah Ram dan SleeQ tercalon buat kategori Vokal Duo Berkumpulan Terbaik. Nak kata harmoni tidak, nak kata sedap apakan pulak. Kolaborasi Jimmy Palikat dan One Nation Emcee bagi aku lebih menjadi, vibe-nya hebat, justifikasi yang diberi juga tepat.

3. Last year aku terkejut bila nama Awi Rafael tidak tersenarai langsung. Dan aku merisik dengan PR Warner Music kata mereka kerana kerakyatan Awi. Tapi tahun ini kita nampak nama SleeQ. What kind of game all this judges try to play here? - Atleast album Awi dulu dibikin 100% produksinya di Malaysia.

4. Lagu Idola (Lan) dicalonkan dalam kategori Lagu Rock Terbaik. Sure ke lagu tu rock? Aku rasa lebih tepat kalau trak tersebut buat kategori Lagu Pop. Oh mungkin aku lupa Lan adalah Rock Star takkanlah nak letak under pop category kan.. (boleh pegi mampos)

5. Saniboey pernah twit dan aku pun pernah cakap benda yang sama - Kosing dendangan Najwa Latif is one of the best pop song in the radio lately. Tapi naskah budak yang tinggi potential nya ini dibiar macam tu saja


DAN KESILAPAN TERBESAR AIM19 KALI INI ADALAH DENGAN MENGETEPIKAN TERUS ALBUM INI


Monoloque – Hikayat Halimunan Abad ke-21 (Jejak Tanah) bagi aku adalah album terbaik sepanjang tahun ini. Ya melebihi Terukir di Bintang Yuna malah Pesawat – Take Off (yang mendapat nominasi album terbaik) Aku bukanlah mahu merendahkan kredibiliti Adnan Abu Hassan malah dia antara produser muzik yang aku paling hormati kerana menjadi antara orang penting yang shape-kan pop industry di Malaysia. Dan aku juga tidak merendahkan kredibiliti juri lain yang mengadili penjurian Anugerah Industri Muzik yang ke-19 ini. Namun sekali lagi aku katakan di sini aku benar-benar kecewa bila melihat album sehebat Jejak Tanah ini TIDAK MENDAPAT PERHATIAN LANGSUNG buat AIM tahun ini. Aku dengar hampir semua album yang tercalon untuk kategori album terbaik (kecuali album Salam) namun tidak ada satu album yang tercalon menandingi kehebatan album ini. Paling close maybe album Sang Enemy yang bagi aku cukup eksperimental dan betul-betul bagus (even it’s not my cup of tea) tapi telinga aku tidaklah pekak untuk cakap yang Sang Enemy itu sebuah album yang bagus malah aku happy bila juri angkat album underdog Nora – Hikmah sebagai calon akhir.

Tidaklah aku menentang pilihan mereka but again Jejak Tanah bagi aku bagai mendengar, merasai, mengalami sebuah journey musical yang betul-betul jauh daripada apa yang ada dalam pop culture di Malaysia kini. Loque dan the whole jentera of Jejak Tanah bikin ia jadi sebuah naskah yang cukup luar biasa. Baik daripada muziknya, penceritaannya (lirik) sehinggalah bagaimana mereka melihat budaya (secara  muzikal) dalam perspektif yang cukup berbeza. Jejak Tanah bagi aku lebih daripada apa yang kebanyakan pemuzik komersil kita boleh fikir. Trak-trak dalam album ini diisi dengan muzik yang begitu hebat baik Kekanda Adinda, remake P.Ramlee Tiada Kata Secantik Bahasa sehingga ke lagu penutup Penghormatan Terakhir yang hadir dalam susunan muzik yang cukup amazing! 

Dan rujuk saja trak Batu Belah Batu Konkrit, aku tak faham mengapa dengan mudah juri-juri kita menolak trak yang aku sifatkan cukup sentimental ini. This suppose jadi kiblat muzik pop kita hari ini. Bunyinya masih komersil, masih boleh diterima rasio tapi pada masa yang sama ia mengangkat budaya melalui penceritaan. Melodi dan liriknya menyatu sempurna buat ia jadi begitu sentimental dan susunan instrumennya begitu baik sekali dan oh! Vokal Azlina Aziz patut ditrofikan vokal wanita terbaik tahun ini. Namun ia jadi angan-angan aku semata. Aku betul-betul sedih melihat naskah hebat berjiwa begini dibiar begitu sahaja, begitu sahaja.

4 comments:

  1. couldnt agree more. sedih kan? POLITIK!POLITIK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i thot loque xanta langsung nomination tp anta untuk 5-6 kategori. satu pun xsangkut! sedih..

      Delete
  2. yeap. paling frust bila dpt tau nominees utk Artis Baru Terbaik. couldnt agree more with u; Amir Jahari & diandra Arjunaidi are supposed to be in the list.

    as for Best Rock Song, x pasti juga kenapa Idola di short-listed. for me, lagu Panik by Bunkface is more qualified for that category..

    after all, this is all business..

    ReplyDelete
  3. aku harapkan lagu batu belah batu kongkrit diangkat lagu terbaik this year..... tp hampeh!! senarai calon this year sangat tak masuk akal kot.. aku rasa banyak calon2 lain yang lebih layak...

    ReplyDelete