Thursday, November 1, 2012

BUDI - 1 HARI YANG CERAH



BUDI – 1 HARI YANG CERAH
verdik: 4/5

Dah lama rasanya aku tak review album Indonesia sama ada sebab tak ada masa atau sebenarnya muzik Indonesia turut sama stagnant macam album Malaysia. Dan nak dijadikan cerita saat aku berjalan-jalan di you tube mencari lagu-lagu dari band-band atau solois Indonesia yang mungkin akan aku suka aku bertemu dengan si Budi ini. Sebelum menemukan si Budi ni aku jumpa jugaklah beberapa yang hebat seperti Tulus, Matthew Sayers yang wow betul bakat  (vokal) mereka. This two soloist boleh dah nak jadi pelapis Glen Fredly dengan Marcell sebab muzik yang dibawa dalam genre sama itu buat mereka dilihat anta yang paling potential. Namun berbeza dengan Budi, jalinan muzik pop “Sheila On 7” yang dibawa mengingatkan aku pada the early years of Sheila On 7. Malah vokal Budi sendiri seakan Duta.

Debut ini dibuka dengan trak 1 Hari Yang Cerah. Lagu-lagu yang aku sifatkan sebagai lagu ‘pagi’ (sebab sesuai sangat untuk memulakan hari) ini hadir cukup chill, santai habis. Catchy chorus, boleh buat kita macam senyum-senyum sikit (tak ke Sheila on 7 tu). Trak kedua 123456 meneruskan momentum album pop ini. Bagi aku kebijaksanaan Budi adalah pada penceritaannya yang bertepatan dengan melodi yang dialun / susun. Cerita tentang anak remaja yang nak try2 ngorat awek dengan melodi ala-ala Jason Mraz ditambah rap yang catchy / comel.

Menjadi Lelaki the only mellow dalam debut ini. And again melodi Budi buat aku senang sekali dengan lirik humanis tentang dirinya, tentang bagaimana sepatutnya lelaki dalam perhubungan. Bait “Menjadi lelaki harus kuat dan berani menahan tangis dan rasa sesak ditinggalkan” buat aku ulang dengar lagu ini berkali-kali. Monolog di tengah lagu seperti mendengar album soundtrack 30 Hari mencari Cinta ataupun trak-trak hebat Potret dalam album Positif. This is a truly killer track !

Peace, Love & Thank You juga lagu pop ‘pagi’ yang sangat cool. Sekali lagi lirik Budi begitu manusia sekali! Susunan muziknya dengan penggunaan instrument yang cukup menyeluruh buat trak ini kedengaran cukup rich. Suka Semua juga hadir dalam melodi yang bagus meneruskan continuity melody trak sebelumnya. Asmara Nusantara hadir dalam mood folk, ibarat love anthem percintaan dua anak Indonesia.    

Do Re Mi – one of my favorite track in this album. Sepertimana aku enjoy 123456 sebegitu juga dengan lagu ini. Trak begini bagi aku mudah meresap terus ke pendengaran yang mendengar dan inilah kekuatan sebenar Budi dalam kebanyakan traknya dan dengan penyampaiannya yang begitu bersahaja buat semuanya kedengaran begitu natural. Album ini ditutup dengan Selayang Pandang Pelepas Rindu yang sedikit buat aku terkejut! Melodi (tradisi) dangdut dengan mood yang cukup fun bikin aku enjoy habis. This is the one kind of song yang boleh buat orang suka dengan muzik nusantara bagi aku. It’s a kind of Yank – Wali Band but in a very very good version, kerana Budi bawa muzik begini ke tahap yang lebih masuk akal, tidak menjengkelkan (seperti Wali Band) malah moodnya pasti saja buat kita mahu menari sama dibuai melodinya.

Aku looking forward dengan bakat Indonesia yang satu ini sebab setelah sekian lama aku tak puas dengan muzik Indonesia, Budi kembali dengan karya yang aku sifatkan sebagai cukup fun dan humanis!

No comments:

Post a Comment