Sunday, July 5, 2015

ALI AIMAN – OVERTURE



Artis: Ali Aiman
Album: Overture (2014)
Penerbit: Ali Aiman
Verdik: 5/5

Saya mula mendengar Ali Aiman sekitar awal tahun ini di You Tube. Trak Jangan Kau Pergi kuat pengaruh pop dan balada ala kebanyakan singer songwriter seperti Aizat dan Amir Jahari. Selepas membaca tentang EP Overture di beberapa laman web tempatan saya begitu teruja untuk mendengar keseluruhan prosuksi album ini. Berdasarkan trak Jangan Kau Pergi, sangka saya it’s gonna be an acoustic pop album tetapi jauh sekali sangkaan tersebut. Ali Aiman membawa idea muziknya ke fasa yang lebih semasa tetapi tidak sedikit pun berkompromi dengan kualiti yang biasa-biasa. Semuanya tentang album ini adalah hebat belaka.

Saat mendengar single Breathe saya pantas membayangkan James Blake dan ya keseluruhan EP ini punya feel yang serupa dengan pemuzik kelahiran London tersebut. Trak ini sangat haunting. Dari saat petikan piano yang menjadi pembuka sehingga kepada feel Ali dalam penyampaiannya yang tenang bikin trak ini sesuatu yang cukup segar untuk dibawa ke mainstream. Trak ini sebuah trak melankolik tetapi tenaganya tidak lemah. Ia dibantu susunan muzik yang cukup impresif sekali and again saya sangat puas mendengar petikan piano dalam trak ini.

Every Little Thing hadir dengan groove yang sangat baik. Verse lagu ini sangat baik dan korusnya juga sekali lagi menjadi kekuatan trak ini. Saya kira Ali Aiman seorang yang bijak dalam permainan melodi dan bagaimana mahu membawa trak yang dicipta dengan menjadi satu naskah yang baik. Kerana terus terang lagu ini mampu menjadi trak pop catchy yang banyak ada di radio hari ini namun pemuzik ini memlilih untuk memberi rendisi yang lebih kreatif dan tidak terikat dengan apa yang sudah ditawarkan di radio. Di sini saya mula tertarik dengan kelebihan yang ada padanya. Kebijaksanaan yang tidak dimiliki ramai bakat baru hari ini.

Pavane For a Dead Princess merupakan trak instrumental klasik Maurice Ravel yang mula dicipta pada 1899 dengan rendisi piano sebelum digubah sempurna menjadi trak orkestra pada 1910 yang sehingga hari ini menjadi trak penting dalam sejarah muzik klasikal. Ali Aiman memberi sentuhan moden yang cukup menyenangkan. Jika Ali berada di depan saya sekarang ketika saya mendengar trak ini saya akan bangun dan salam ucap tahniah padanya. Kebijaksanaan yang ada pada bakat ini saya sanjung tinggi. Semangat melodi asal trak ini tidak diubah secara total hanya diberi suntikan lebih moden dengan tambahan lirik dan susunan muzik yang cukup baik. Apa dilakukan Ali mengingatkan saya pada apa dilakukan Audi Mok menerusi trak Cinta nyanyian Nikki yang mengambil sample trak Mozart sebagai rujukan dan mencipta rendisinya yang cukup tersendiri. Trak ini saya ulang dengar berkali-kali kerana kagum pada penghasilannya.

Peaceful State of Mind kembali dengan groove tetapi masih deep. Beat trak ini menghidupkan melodi yang sedikit flat tetapi hal dua perkara ini (groove dan melodi) menyatu baik menjadikan ia trak yang baik. Namun ia sedikit mudah untuk dilupakan. EP ini diteruskan dengan trak Armour and Glass yang sangat deep moodnya. Sekali lagi petikan piano dalam trak ini amat hebat memainkan peranan membantu melodi mellow yang sangat dirasi feel-nya. Saya sukakan cara Ali menyampaikan trak ini. Vokalnya tenang, tidak terlalu mencuba untuk kedengaran sempurna sedapnya tetapi cukup untuk memberi justifikasi pada trak hebat ini.

Review ini saya tulis sehari selepas pengumuman pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-21 dikeluarkan. Seperti biasa saban tahun pun akan ada yang tidak kena tetapi memang begitulah percaturannya. Saya berharap nama Ali Aiman tersangkut untuk pencalonan ini dan mungkin juga untuk kategori susunan muzik terbaik dan rakaman album terbaik tetapi malangnya tiada satu kategori pun yang tersangkut. Saya berharap Ali sebenarnya tidak menghantar Overture untuk AIM kali ini sebab jika dia memang benar menghantar album ini untuk pencalonan awal tetapi tidak tersangkut untuk pencalonan akhir saya adalah peminatnya yang paling kecewa. Tetapi tidak mengapalah saya kira AIM bukan medan percaturan mengukur hebatnya bakat ini.

Ali Aiman seorang pemuzik masa depan yang harus diberi lebih peluang, kepercayaan dan kebebasan untuk dia membikin muzik seperti apa yang dia mahu dan sekali gus membentuk satu lagi lapangan muzik kreatif agar kita tidak lagi terus terikat dengan idea pop yang serupa. Untuk Ali Aiman jika anda membaca review ini, terima kasih untuk sebuah persembahan rakaman terbaik untuuk sepanjang tahun ini.


No comments:

Post a Comment